Show Mobile Navigation

Hulubalang Melaka Bercerita


Like Us

Tuesday, 30 September 2014

Proton Iriz vs Perodua Axia

Lias Biz - 19:39







Harga Proton Iriz

Harga Axia








Godam ATM - Jenayah Terkini

Lias Biz - 19:30

MELAKA - Rangkaian perbankan terutamanya perbankan internet di negara ini masih berada dalam keadaan selamat kerana kes menggodam mesin juruwang automatik (ATM) yang berlaku pada masa ini hanya membabitkan pencerobohan secara fizikal.
  
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kes itu hanya melibatkan pencerobohan terhadap sesebuah mesin ATM sahaja dan tidak membabitkan pencerobohan terhadap sistem rangkaian komputer bank terbabit.
  
"Saya cukup yakin sistem rangkaian perbankan kita masih selamat, orang ramai tidak perlu bimbang," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di sini hari ini.
  
Sebanyak 70 bekas polis dan anggota pasukan 'Home Guard' menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara disampaikan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob di majlis itu. Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.
 
Sebanyak 17 ATM dipercayai digodam sindiket Amerika Latin melibatkan bank di cawangan Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Johor Baharu pada minggu lepas.
 
Wan Junaidi berkata polis juga telah mengenal pasti hanya sejenis mesin ATM yang terlibat dalam kes itu dan akan meminta pihak bank bagi menggantikan mesin tersebut.
 


"Kita percaya kumpulan ini mensasarkan hanya mesin jenis ini yang mudah digodam dan dimasukkan virus...identiti mesin ini kita rahsiakan untuk tujuan keselamatan," katanya.
  
Beliau berkata polis telah mengenal pasti suspek yang terlibat melalui rakaman kamera litar tertutup di bank terbabit, namun sehingga kini tiada lagi tangkapan dibuat.
  
"Kita cukup yakin suspek masih berada di Malaysia dan akan bekerjasama dengan semua pihak termasuk imigresen bagi mengesan suspek," katanya.

  

Wan Junaidi berkata hasil siasatan mendapati kejadian itu dilakukan antara dua hingga tiga kumpulan yang berasingan dan siasatan masih dijalankan sama ada kumpulan terbabit beroperasi di bawah satu sindiket yang sama.
  
Katanya jenayah terbabit juga mirip dengan kes godam mesin ATM yang berlaku di kawasan lapangan terbang pada akhir tahun 90an. - Bernama



Peraturan cermin gelap baharu JPJ - 1 November 2014

Lias Biz - 18:49

KUALA LUMPUR - Pengenalan peraturan baharu cermin gelap yang diumumkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyelesaikan isu cermin gelap yang timbul selama ini, kata Pengarah Urusan Driven Communications Sdn Bhd, Paul Tan.
 
Paul, yang juga penulis blog automotif terkenal paultan.org, berkata dengan pengenalan peraturan baharu ini, tahap keselamatan kenderaan dapat ditingkatkan serta pemandu dan penumpang akan berasa lebih selesa.
 
"Kita tidak dapat pastikan bahawa peningkatan cermin gelap akan mengurangkan jenayah, tetapi sebarang langkah yang berpeluang meningkatkan tahap keselamatan ke atas sesebuah kenderaan adalah baik," katanya kepada Bernama, hari ini.
 
Beliau berkata pada masa sama, peraturan baharu ini akan lebih memberi keselesaan kepada penumpang tempat duduk belakang kerana mengurangkan pendedahan kepada cahaya matahari pada waktu siang.
 
Pengenalan peraturan baharu ini menunjukkan keseimbangan yang baik antara keselesaan dan keperluan keselamatan terutamanya untuk pihak berkuasa menjalankan penguatkuasaan, katanya.

Semalam, JPJ mengumumkan akan melaksanakan penguatkuasaan peraturan baharu berhubung penggunaan cermin gelap bermula 1 November depan.



Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, pelaksanaan peraturan baharu itu menetapkan kadar ketelusan cahaya nampak (VLT) bagi cermin belakang dan sisi penumpang belakang dikurangkan daripada 50 peratus kepada 30 peratus.
 
Beliau berkata, kadar VLT bagi cermin hadapan dan sisi pemandu pula masing-masing kekal pada kadar 70 peratus dan 50 peratus.
 
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Datuk Dr Tam Weng Wah berkata keputusan penetapan kadar cermin gelap itu diperoleh hasil perbincangan antara pihak terlibat dalam Bengkel Kajian Semula Peraturan Penggunaan Cermin Gelap Kenderaan yang berlangsung Jun lepas.



"Dari segi signifikannya, penetapan kadar cermin gelap ini dibuat berdasarkan permohonan daripada pengguna selain mengambil kira faktor keselamatan," katanya.
 
Beliau berkata penetapan terbaharu ini adalah keputusan terbaik yang dapat dicapai dan sebarang maklum balas yang diterima selepas ini masih lagi boleh dipertimbangkan pihak JPJ untuk memperbaiki kelemahan di masa akan datang. - Bernama



Next
Editor's Choice