Show Mobile Navigation

Hulubalang Melaka Bercerita


Like Us

Latest In

Thursday, 2 October 2014

7 Pembaharuan Pada Windows 10 Technical Preview Berbanding Windows 8.1

Lias Biz - 19:00

Microsoft kini telah pun menawarkan sistem operasi genreasi baru mereka versi pembangunan kepada semua, iaitu Windows 10 Technical Preview, sekaligus membolehkan pengguna mencuba sebahagian daripada fungsi baru yang dibawakan padanya.
Bagi anda yang tertanya-tanya mengenai perubahan yang dibawakan oleh Windows 10 berbanding Windows 8 hari ini, berikut merupakan antara perkara yang tampak jelas melalui versi Technical Preview.

Sokongan Menu Start

Rekaaan Antaramuka “Continum”

Aplikasi Dengan Tetingkap

Sokongan Desktop Maya Melalui Task View

Command Prompt

Snap Assist

Carian Pada Menu Start

Baca lagi di http://amanz.my/2014/10/7-pembaharuan-pada-windows-10-technical-preview-berbanding-windows-8-1/

 

 

 

 

 

35,000 walrus terdampar di Alaska

Lias Biz - 18:49

LOS ANGELES - AMERIKA SYARIKAT . Sekurang-kurangnya 35,000 walrus terdampar di pantai Alaska susulan pencairan ais Artik yang berpunca daripada perubahan iklim, menurut pakar kaji cuaca, kelmarin.

Jurucakap Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, keadaan tersebut telah berlaku sejak hampir enam hingga lapan tahun lalu disebabkan pemanasan global.

"Anak walrus yang terdampar di pantai terdedah kepada risiko kematian akibat dipijak dan kebiasaannya haiwan mamalia yang menyerupai anjing laut itu hanya akan keluar ke permukaan ais untuk makan,"katanya, dipetik dari laporan AFP.

Sementara itu, Pegawai Penyiasatan dari udara Artik Marine Mamalia Megan Ferguson memberitahu, pada awalnya terdapat hanya 1,500 walrus yang terdampar, namun jumlah itu meningkat sehingga 24 kali ganda dalam beberapa hari.

Nama terpanjang di Malaysia

Lias Biz - 18:30

SHAH ALAM - Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah Binti Airol Anizam diiktiraf sebagai nama terpanjang pernah didaftarkan di Jabatan Perdaftaran Negara (JPN).

Nama unik itu diumumkan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Sulaiman Keling ketika berucap pada Hari Pendaftaran Negara dan Hari Inovasi 2014 di Ibu Pejabat JPN, baru-baru ini.

Difahamkan, pemilik nama terpanjang di Malaysia itu masih menuntut di sebuah sekolah rendah dan berusia lapan tahun.

Sulaiman dalam pada itu berkata, nama terpanjang itu adalah antara maklumat menarik yang pernah dikendalikan JPN sejak beroperasi pada 1948.

“Mungkin ramai yang tidak tahu, namun ia (nama terpanjang) adalah antara maklumat menarik seperti nama yang paling banyak digunakan dan didaftarkan di negara ini.

“Suka untuk saya kongsikan dengan semua pada majlis hari ini (semalam) mengenai keunikan yang ada pada JPN,” katanya ketika berucap di hadapan lebih 400 hadirin.

Majlis Hari Pendaftaran Negara dan Hari Inovasi 2014 itu disempurnakan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff.

UNDIAN: Orang awam hilang privasi kerana Google Street View?

Lias Biz - 01:46

KUALA LUMPUR: Pengumuman oleh Google Malaysia bahawa hampir 90 peratus imej pemandangan yang didapati di sepanjang jalan-jalan semenanjung Malaysia boleh dilihat di laman peta Google Street View telah mengundang pelbagai reaksi di Facebook Astro AWANI.

Rata-ratanya berkata ia menjejaskan privasi kerana kediaman mereka boleh dilihat di laman dan aplikasi Google Maps.

“Membuka ruang untuk perompak datang merompak rumah,” tulis Nazron Amir Mohd Naser.

Sambung Ahmad Faidzal, “Memudahkan kerja perompak. Taip alamat jer, pilih rumah mana satu hendak rompak.”

Sham Sharif yang mencari kediaman keluarga menerusi Google Street View terperanjat kerana Arwah ayah beliau kelihatan di laman berkenaan.

“Baru lepas Google rumah di Ipoh. Terperanjat kami Nampak Arwah ayah yang sedang tutup gate masjid. Map itu diambil tahun lepas. Ayah meninggal pada Ogos tahun ini,” tulis beliau.

Pengguna Facebook Nik Soh Che Man teknologi ada baik dan buruknya.

“Kita perlulah berhati-hati dan belajar mengenalpasti langkah-langkah untuk mengelak daripada anasir jahat yang mungkin akan dilakukan dengan kemudahan teknologi tersebut,” tulisnya.

Pada majlis pengumuman perkembangan terkini Google Street View, Pengarah Urusan Google Malaysia, Sajith Sivanandan berkata imej dirakam di jalan raya awam dan mereka menitikberatkan isu privasi. Muka-muka orang awam dan plat kenderaan dikaburkan.

Pengguna boleh melaporkan jika mereka tidak senang dengan imej-imej yang dipaparkan di Google Street View.

Kongsi pendapat anda bersama kami tentang Google Street View.


Harga minyak naik, ramai kongsi gambar di stesen minyak

Lias Biz - 01:42
KUALA LUMPUR: Orang ramai sudah mula berpusu ke stesen minyak sebelum harga baharu berkuatkuasa.

Harga petrol RON95 dan diesel akan mengalami kenaikan sebanyak 20 sen seliter mulai tengah malam ini, menjadikan harga runcit baharu bagi RON95 ialah RM2.30 manakala diesel, RM2.20.

Ini berikutan pengumuman daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkenaan subsidi petrol RON95 dan diesel yang dikurangkan sebanyak 20 sen seliter, berkuatkuasa 12.01 pagi, 2 Oktober 2014.

Oleh kerana perlu menunggu giliran, ramai yang memilih untuk memuat naik gambar mereka di stesen minyak.






Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/harga-minyak-naik-ramai-kongsi-gambar-di-stesen-minyak-45125?cp

Tuesday, 30 September 2014

Godam ATM - Jenayah Terkini

Lias Biz - 19:30

MELAKA - Rangkaian perbankan terutamanya perbankan internet di negara ini masih berada dalam keadaan selamat kerana kes menggodam mesin juruwang automatik (ATM) yang berlaku pada masa ini hanya membabitkan pencerobohan secara fizikal.
  
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kes itu hanya melibatkan pencerobohan terhadap sesebuah mesin ATM sahaja dan tidak membabitkan pencerobohan terhadap sistem rangkaian komputer bank terbabit.
  
"Saya cukup yakin sistem rangkaian perbankan kita masih selamat, orang ramai tidak perlu bimbang," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara di sini hari ini.
  
Sebanyak 70 bekas polis dan anggota pasukan 'Home Guard' menerima Pingat Jasa Pahlawan Negara disampaikan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob di majlis itu. Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.
 
Sebanyak 17 ATM dipercayai digodam sindiket Amerika Latin melibatkan bank di cawangan Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Johor Baharu pada minggu lepas.
 
Wan Junaidi berkata polis juga telah mengenal pasti hanya sejenis mesin ATM yang terlibat dalam kes itu dan akan meminta pihak bank bagi menggantikan mesin tersebut.
 


"Kita percaya kumpulan ini mensasarkan hanya mesin jenis ini yang mudah digodam dan dimasukkan virus...identiti mesin ini kita rahsiakan untuk tujuan keselamatan," katanya.
  
Beliau berkata polis telah mengenal pasti suspek yang terlibat melalui rakaman kamera litar tertutup di bank terbabit, namun sehingga kini tiada lagi tangkapan dibuat.
  
"Kita cukup yakin suspek masih berada di Malaysia dan akan bekerjasama dengan semua pihak termasuk imigresen bagi mengesan suspek," katanya.

  

Wan Junaidi berkata hasil siasatan mendapati kejadian itu dilakukan antara dua hingga tiga kumpulan yang berasingan dan siasatan masih dijalankan sama ada kumpulan terbabit beroperasi di bawah satu sindiket yang sama.
  
Katanya jenayah terbabit juga mirip dengan kes godam mesin ATM yang berlaku di kawasan lapangan terbang pada akhir tahun 90an. - Bernama



Peraturan cermin gelap baharu JPJ - 1 November 2014

Lias Biz - 18:49

KUALA LUMPUR - Pengenalan peraturan baharu cermin gelap yang diumumkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyelesaikan isu cermin gelap yang timbul selama ini, kata Pengarah Urusan Driven Communications Sdn Bhd, Paul Tan.
 
Paul, yang juga penulis blog automotif terkenal paultan.org, berkata dengan pengenalan peraturan baharu ini, tahap keselamatan kenderaan dapat ditingkatkan serta pemandu dan penumpang akan berasa lebih selesa.
 
"Kita tidak dapat pastikan bahawa peningkatan cermin gelap akan mengurangkan jenayah, tetapi sebarang langkah yang berpeluang meningkatkan tahap keselamatan ke atas sesebuah kenderaan adalah baik," katanya kepada Bernama, hari ini.
 
Beliau berkata pada masa sama, peraturan baharu ini akan lebih memberi keselesaan kepada penumpang tempat duduk belakang kerana mengurangkan pendedahan kepada cahaya matahari pada waktu siang.
 
Pengenalan peraturan baharu ini menunjukkan keseimbangan yang baik antara keselesaan dan keperluan keselamatan terutamanya untuk pihak berkuasa menjalankan penguatkuasaan, katanya.

Semalam, JPJ mengumumkan akan melaksanakan penguatkuasaan peraturan baharu berhubung penggunaan cermin gelap bermula 1 November depan.



Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, pelaksanaan peraturan baharu itu menetapkan kadar ketelusan cahaya nampak (VLT) bagi cermin belakang dan sisi penumpang belakang dikurangkan daripada 50 peratus kepada 30 peratus.
 
Beliau berkata, kadar VLT bagi cermin hadapan dan sisi pemandu pula masing-masing kekal pada kadar 70 peratus dan 50 peratus.
 
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Datuk Dr Tam Weng Wah berkata keputusan penetapan kadar cermin gelap itu diperoleh hasil perbincangan antara pihak terlibat dalam Bengkel Kajian Semula Peraturan Penggunaan Cermin Gelap Kenderaan yang berlangsung Jun lepas.



"Dari segi signifikannya, penetapan kadar cermin gelap ini dibuat berdasarkan permohonan daripada pengguna selain mengambil kira faktor keselamatan," katanya.
 
Beliau berkata penetapan terbaharu ini adalah keputusan terbaik yang dapat dicapai dan sebarang maklum balas yang diterima selepas ini masih lagi boleh dipertimbangkan pihak JPJ untuk memperbaiki kelemahan di masa akan datang. - Bernama



Editor's Choice